Bola sepak Sukan SEA: Malaysia 4, Kemboja 1

Monday, November 14, 2011

Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.
Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.

Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara.

Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI