Laporan Audit: Pengurusan KWSP terbaik

Tuesday, November 15, 2011

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengungguli kedudukan pertama pengurusan kewangan mengatasi 12 badan berkanun persekutuan terbaik lain apabila memungut markah melebihi 90 peratus.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 memberikan penarafan sangat baik kepada pengurusan kewangan kumpulan tersebut kerana berjaya mewujudkan rangkaian sistem pengurusan yang amat berkesan.

“Laporan itu juga menyatakan KWSP disokong kukuh oleh pengurusan sumber manusia yang kompeten dan profesional sekali gus mengatasi prestasi yang dicatatkan pada 2007.

“Malah, KWSP juga mempunyai pelan peralihan tugas yang merupakan sebahagian daripada perancangan strategik sumber manusia,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, laporan tersebut turut menekankan bahawa KWSP menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi memantapkan pengurusan dan pentadbirannya.

“Jawatankuasa Audit Lembaga dan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun diwujudkan untuk membantu Ketua Pegawai Eksekutif mengawasi sistem kewangan dan perakaunan KWSP.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI