Dr. Rozmey bantu sara 3 anak Basarah

Sunday, November 13, 2011

Nasib tiga beradik yatim piatu yang kehilangan ibu dalam nahas di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Behrang, Perak semalam mendapat perhatian seorang pengusaha produk kesihatan terkenal negara ini.

Muhd. Iqmal Roslan, 16 dan dua adiknya Muhd. Kamil Rizman, 14; dan Muhd. Kamil Radzuan, 13, akan dijadikan anak angkat oleh Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din.

Usahawan terkenal itu berkata, beliau sedia menanggung perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk perbelanjaan sekolah tiga beradik itu kerana simpati dengan nasib yang menimpa mereka.

Katanya, beliau akan memikirkan cara terbaik untuk membantu tiga beradik tersebut bagi memastikan kehidupan mereka sebagai seorang pelajar terjaga dengan baik.

“Dengan bantuan kewangan ini, saya minta tiga beradik ini tidak perlu susah hati tentang perbelanjaan harian mahupun sekolah kerana saya akan tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berkunjung ke rumah bapa saudara kepada tiga beradik tersebut, Abdullah Hassan, 66, di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, hari ini.

Ibu mereka, Basarah Saad, 45, yang merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Tajar di sini maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan yang meragut empat nyawa itu.

Bapa mereka, Roslan Bukhari meninggal dunia lima tahun lalu akibat sakit buah pinggang.

Che Rozmey berkata, bagi menjamin urusan ketiga-tiga anak yatim piatu itu terjaga, mereka disarankan tinggal di asrama sekolah.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI