Tuan rumah Sukan Komanwel 2018 : Gold Coast, Australia

Saturday, November 12, 2011

Gold Coast hari ini dipilih secara rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018.

Bandar peranginan di Queensland ini mendapat hak itu setelah mengetepikan Hambantota di Sri Lanka dalam satu pengundian pada perhimpunan agung Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) di negara Caribbean iaitu St Kitts and Nevis pagi ini.

Pada pengundian itu, 43 daripada 70 anggota perwakilan memilih Gold Coast, manakala 27 memilih Hambantota.

Dengan keputusan tersebut, kawasan pelancongan terkenal di Queensland itu akan menjadi bandar raya kelima Australia mencatat sejarah sebagai tuan rumah sukan berkenaan selepas Sydney (1938), Perth (1962), Brisbane (1982) dan Melbourne (2006).

Hambantota, yang mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda tsunami pada 2004, berusaha untuk mendapatkan hak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel bagi membantunya membiayai program pemulihan secara besar-besaran. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI