Tiket Liga Super di Stadium Perak mungkin naik

Thursday, November 10, 2011

Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) bercadang menaikkan harga tiket perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak musim depan bagi menampung kos pengurusan yang meningkat.

Setiausaha Pafa Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata kenaikan yang sedang dipertimbangkan adalah sebanyak 20 peratus bagi semua tempat duduk.

Penyokong pasukan Seladang dan peminat lain kini membayar RM8 bagi tempat duduk terbuka dan RM20 bagi tempat duduk berbumbung.

Abdul Aziz berkata kenaikan itu tidak dapat dielak kerana kos pengurusan pasukan dijangka meningkat termasuk dengan kehadiran pemain-pemain import bagi musim depan.
Click Here


"Tindakan menaikkan harga tiket itu selaras dengan kenaikan harga tiket di beberapa negeri lain dan ia turut melibatkan pemegang kad semusim yang akan ditawarkan bagi musim kedua. Namun begitu, kenaikan ini masih rendah berbanding kenaikan sehingga 50 peratus di beberapa negeri lain," katanya.


Abdul Aziz yakin kenaikan itu tidak akan membebankan penyokong dan peminat bola sepak.

Beliau berkata Pafa juga bercadang memberi peluang kepada kelab-kelab penyokong dan persatuan bola sepak daerah menjual tiket sehari sebelum perlawanan mulai musim depan bagi memudahkan penyokong luar Ipoh.

"Cadangan ini membuka peluang kepada orang ramai dan ahli-ahli kelab penyokong membeli tiket perlawanan lebih awal," katanya.

Beliau berkata penjualan melalui kelab penyokong dan persatuan bola sepak daerah akan mengurangkan kesesakan di kaunter jualan tiket Stadium Perak pada hari perlawanan selain memberi peluang kepada kelab dan persatuan memperoleh pendapatan melalui komisen jualan berkenaan. - BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI