Biodata Baddrol Bakhtiar , kapten Harimau Malaya

Wednesday, November 23, 2011

Biodata Baddrol Bakhtiar
Nama penuh: Baddrol bin Bakhtiar
Tarikh lahir: 1 Februari 1988
Tempat lahir : Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Ketinggian: 1.82 m
Posisi :  Sayap Kanan
Pasukan : Kedah
Facebook Baddrol Bakhtiar : Baddrol.7


Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia selalunya dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan pernah bermain untuk sayap kiri.

Penglibatan awal
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri. Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.

Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.


Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.

2 Komen:

ikram on 26 November 2011 at 17:13 said...

hai saye peminat setia badrol blh knl

Anonymous said...

baddrol mmg seorng pemain bola yg mantap ^^ .... harp baddrol x kan tingglkan team MALAYSIA yg tercinte >_<

Post a Comment

 

ZONFINITI