Penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 25, difahamkan ke mahkamah baru-baru ini bagi memfailkan pengesahan lafaz cerai dibuat pasangannya yang juga seorang pelakon, Mohd Faizal Yusof, 31, menerusi telefon.
Menurut sumber, berita perceraian itu disahkan sendiri bapa penyanyi berkenaan. Sebelum ini, rumah tangga yang dibina pada 26 April 2006 itu beberapa kali menjadi perhatian peminat apabila khabar angin mengenai pergolakan perkahwinan mereka dilaporkan media.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan tampil menafikan gosip yang kali pertama muncul beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga.
Berita Harian cuba menghubungi penyanyi itu semalam bagi mendapatkan pengesahan tetapi gagal.
Penyanyi yang popular dengan lagu duet bersama Achik Spin, Bola Bola Api, mula berkenalan dengan pelakon drama Zarul Vs Zarina itu pada 2005. Mereka mengikat tali pertunangan pada November tahun yang sama, disusuli dengan perkahwinan beberapa bulan selepas itu.
Nana, Faizal bercerai
Entri Lain
Permalink: Nana, Faizal bercerai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment