Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Roland Sagah Wee Inn, patah tiga tulang rusuk sebelah kanan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terjatuh dalam gaung di Jalan Puncak Borneo petang ini.
Katanya, beliau percaya punca kemalangan mungkin ada kaitan dengan masalah brek kenderaan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas menerima rawatan di Unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, katanya, selain beliau sebagai penumpang, turut berada di dalam kenderaan tersebut ialah seorang pemandu dan tiga lagi penumpang lain tetapi kesemuanya tidak mengalami kecederaan parah.
Roland yang kelihatan tenang berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang selepas menghadiri mesyuarat berkaitan dengan tanah dengan pegawai Jabatan Tanah dan Survei dan ketua-ketua kaum selain daripada penyampaian sumbangan Gawai di sana yang berakhir pada pukul 1 petang.
"Semasa menuruni puncak tersebut, kenderaan tiba-tiba hilang kawalan dan terus terjatuh ke dalam gaung,” katanya sambil menambah semasa terjatuh tersebut kenderaan berpusing dua kali dan melanggar pokok di sekitarnya.
Beliau berkata, kenderaan tersebut berhenti berpusing apabila terlanggar salah sepohon pokok yang ada dalam gaung tersebut.
"Semasa kenderaan berpusing saya hanya mampu berdoa mengharapkan tiada apa-apa berlaku kepada semua yang berada di dalam kenderaan, nasib baik tiada yang mendapat kecederaan serius,” kata Roland.
"Selepas kemalangan berlaku, kebetulan ada kenderaan pacuan empat roda lain melalui kawasan kemalangan tersebut yang digunakan untuk acara dihadiri oleh Ahli Parlimen Mambong yang juga Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit,” tambahnya.
"Bila mereka menyedari kemalangan berlaku, usaha menyelamat dijalankan termasuk menghantar kami ke HUS pada petang ini,” katanya. - Bernama
ADUN Talat patah rusuk
Entri Lain
- Calon Pas Dun Chempaka ialah Ahmad Fathan
- Anwar mengadu sakit belakang di Penjara Sungai Buloh
- PKR tak bersedia untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
- Kelayakan Anwar Sebagai Anggota Parlimen Hilang Selepas 14 Hari Dari Tarikh Disabitkan
- Petisyen pembebasan Anwar di laman White House
- Wan Azizah akan teruskan perjuangan PKR walau Anwar dipenjara
- Keputusan Terkini Kes Liwat Anwar Ibrahim: Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun
- Komplot guling Hadi: Hatta didakwa jadi dalang
- Keputusan rayuan kes liwat Anwar 10 Februari
- Apa maksud komitmen RM1 juta kerajaan kepada 1MDB? - Khairuddin
Permalink: ADUN Talat patah rusuk
Categories Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment