Sinopsis telefilem Sebelum Akhirat

Saturday, May 15, 2010

Sinopsis telefilem Sebelum Akhirat

Telefilem Sebelum Akhirat mengisahkan Mubarat yang tenat dan menunggu saat kematiannya. Tatkala mendengar bacaan surah Yassin, dia hanya mampu mengalirkan air mata penyesalan.

Dalam hatinya, Mubarak meronta untuk hidup dan sihat seperti sedia kala untuk menebus dosanya. Namun, semua itu mustahil. Justeru, Mubarak terbayang masa lampaunya. Ketika sihat, Mubarak selalu mengabaikan solatnya. Malah, dia juga menjalankan perniagaan haram.

Mubarak bertindak sebagai ceti haram dan mengenakan bunga tinggi kepada peminjamnya. Bahkan, dia juga menyediakan khidmat wanita cantik untuk tokoh korporat. Tidak terkecuali, dia turut menghamilkan wanita dan enggan bertanggungjawab.

Suatu hari, Mubarak berkenalan dengan Norida, gadis sekampung dengannya. Norida tidak mengetahui pekerjaan sebenar Mubarak hinggalah mereka terlanjur. Disebabkan Mubarak tidak mahu bertanggungjawab, Norida balik ke kampung semula.

Apakah yang berlaku kepada Norida seterusnya? Malah, bagaimana pula keadaan hidup Mubarak selepas ibu bapanya mengetahui dia menjalankan perniagaan haram. Adakah Mubarak juga berkesempatan meminta maaf daripada ibu bapanya? Kisah menyayat hati ini adalah karya ditulis Jumal Yunus dan diarahkan Murali Abdullah. Ia diterbitkan Enuja Production Sdn Bhd dan dibintangi pelakon lain seperti Yalal Chin sebagai Yusof, Maimon Talib (Salmah), Ruminah Sidek (Mak Bidan), Hisham Ahmad Tajudin (Rashid), Fadilah Mansor (Jamaliah) dan Dinie Juri (Ustaz Ehsan)

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI