Fasha Masih Tak Mengaku Jejai Istimewa?

Tuesday, May 18, 2010

Murai Batu dah banyak kali perasan, tiap-tiap kali wartawan tanya lebih lanjut pasal hubungannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Fasha Sandha mesti cuba nak elak.


Padahal satu Malaysia dah pun tahu yang hubungan Fasha dengan bekas suami Nora Danish ni bukanlah sekadar teman biasa. Sebaliknya, ia lebih dari sekadar itu.

Tak payahlah, Murai Batu ulas lebih lanjut. Korang sendiri faham-fahamlah macamana nak klasifikasikan hubungan diaorang berdua ni.

Kalau tak, takkanlah Jejai sanggup datang ke Pulau Lang Tengah dengan menaiki helikopter semata-mata untuk berjumpa dengan Fasha waktu aktres jelita ini sibuk menjayakan penggambaran drama bersiri Duyung Aridinata terbitan Zeel Productions di sana.

Pulak tu, Fasha sendiri mengakui yang dia tidak tahu menahu langsung tentang perancangan Jejai untuk datang ke pulau itu dengan menaik helikopter bersama beberapa orang rakan.

Kiranya, Jejai nak buat kejutanlah untuk Fasha sebab dia buat perancangan tersebut pun tanpa pengetahuan Fasha sendiri. Sampaikan Fasha sendiri pun terkejut.

Tapi, berkat daripada kejadian yang sama sekali tidak disangka itu, maka sudah terang lagi bersuluhlah yang mereka berdua ni selama ini telah menjalinkan hubungan yang istimewa.

Yalah, kalau tidak, takkanlah Jejai sanggup bagi 'surprise' yang 'sweet' macam tu kat Fasha. Kalau diaorang ni setakat kawan biasa, Murai Batu rasa Jejai pun tak hingin nak buat macam tu.

Teringat Murai Batu dengan kes seorang anak raja yang sanggup naik helikopter untuk berjumpa dengan Fauziah atau Ogy Datuk Ahmad Daud di Ranau, Sabah waktu aktres hebat ini menjayakan penggambaran filem Azura di sana.

Apa lagi tercenganglah semua orang bila tengok kehadiran si anak raja tu. Tapi, semua orang tahu yang kak Ogy dengan si anak raja yang kacak tu bukan main tengah rak bercinta masa tu.

Hai, kalau dah bercinta, semua orang sanggup buat apa saja. Yang mustahil pun boleh jadi tak mustahil. Apapun, kelas Fasha. Lebih kurang setaraf kak Ogylah gamaknya.

MURAIBATU: Tak sabar nak tengok macam mana Fasha jadi seekor duyung!

~ Murai

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI