Pakistan menyekat akses ke laman web perkongsian video, YouTube dalam usaha menghalang penyiaran bahan yang menghina agama atau tokoh agama.
Sekatan itu dikenakan beberapa jam selepas Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet menyekat akses ke rangkaian sosial, Facebook kerana terdapat pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) penyedia perkhidmatan Internet, Nayatel, Wahaj-us-Siraj berkata, PTA semalam mengarahkan sekatan serta-merta ke atas YouTube.
"Arahan tegas itu dikeluarkan kerana mereka mahu kami melakukannya dengan segera dan kemudian memaklumkan kepada mereka mengenainya," kata beliau.
YouTube pernah disekat selama setahun di Pakistan pada 2007 kerana menyiarkan video yang dianggap menyalahi ajaran Islam.
Seorang pegawai PTA berkata, sekatan itu dikenakan selepas PTA mendapati beberapa karikatur Nabi Muhammad dipindahkan dari Facebook ke YouTube.
Sekatan ke atas kedua-dua laman web itu akan menyebabkan trafik Internet di Pakistan menurun sebanyak 25 peratus, kata Siraj.
"Sekatan itu akan memberi kesan terhadap keseluruhan lalu lintas Internet kerana kedua-duanya menggunakan antara 20 hingga 25 peratus daripada 65 gigabait yang digunakan di negara ini," jelas beliau.
Penerbitan karikatur serupa dalam akhbar Denmark pada 2005 mencetuskan protes di beberapa negara Islam.
Kira-kira 50 orang termasuk lima di Pakistan maut dalam protes di negara-negara Islam pada 2006 kerana membantah karikatur itu. - Reuters
Pakistan sekat akses YouTube
Entri Lain
Permalink: Pakistan sekat akses YouTube
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment