Penerima pindahan jantung, Tee Hui Yee, 17, patah kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan di Parit Kangkung, Bukit Pasir, Batu Pahat baru-baru ini.
Bagaimanapun, Hui Yee bernasib baik apabila kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 malam 3 Mei lalu itu tidak mengakibatkan apa-apa kesan pada jantungnya.
Menurut Hui Yee, kejadian tersebut berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang bersama seorang rakannya melanggar sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar dari satu simpang menyebabkannya terpelanting.
0 Komen:
Post a Comment