QZ8501: Ekor pesawat terputus dua

Wednesday, January 07, 2015

QZ8501: Ekor pesawat terputus dua           
  
Jakarta: Dua penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang turun dari Kapal MGS GeoSurvey untuk memeriksa hasil penemuan sonar kapal berkenaan mendapati ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dalam keadaan hancur dan terputus dua.

Penyelam berkenaan Major Sersan Dovlen berkata, sebaik mengikat ekor pesawat berkenaan didapati beberapa tali pinggang keselamatan jatuh ketika diangkat.

“Sebaik sonar kami mengesan sesuatu, saya dan rakan turun untuk memeriksa objek itu dan didapati tulisan 'IAA' warna merah kelihatan dan kedudukan ekor pesawat sudah terputus dua,” katanya yang menyelam hingga kedalaman 35 meter di atas permukaan laut.

Sebelum itu, bahagian ekor pesawat disahkan ditemui menerusi teknologi imbasan sonar yang dilengkapi pada Kapal MGS GeoSurvey, pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes turut mengesahkan jika bahagian ekor sebelah kanan ditemui di situlah terletak bahagian sebenar kotak hitam pesawat berkenaan.


Berikut adalah kronologi penemuan itu seperti yang dimaklumkan Agensi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS):

5 pagi WIB:

Pasukan GeoSurvey melaporkan penemuan objek dengan dimensi panjang 10 meter, lebar lima meter serta tiga meter tinggi yang diperoleh menerusi imbasan sonar.

8 pagi WIB:

Alat pengesan bunyi iaitu 'multibeam echo sounder' yang berkeupayaan menentukan kedalaman laut dilepaskan ke dasar, menemui bahagian berbentuk segitiga pada kedudukan menjunam ke dasar laut.

10 pagi WIB:

Objek itu seterusnya disahkan menggunakan alat ROV (Remotely Operated Vehicles), robot yang boleh menyelam ke dalam air.

11 pagi WIB:

Anggota penyelam turun ke dasar laut untuk mengesahkan penemuan itu. Objek itu tertera tulisan 'AX' dan 'Air' dan disahkan ia adalah ekor pesawat. - Detik.com

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI