Candy Clement
Candy Clement sudah melalui fasa `pembelajaran', kematangan dirinya semakin terserlah.
"Selepas keluar dari AF5, saya ada mencuba pelbagai ikhtiar juga untuk cuba menempatkan diri dalam industri hiburan namun saya akui waktu itu masih terlalu mentah dan belum lagi mengenal industri ini selain tiada yang menjaga saya.
"Jalan terbaik hanya pulang semula ke kampung halaman dengan perlahan-lahan saya cuba membina balik karier. Saya sudah tidak kisah apa juga jenis tawaran ketika itu malah persembahan `funfair' pun saya kebas saja demi sesuap nasi," kata penyanyi berbangsa Dusun itu.
Berbekalkan profil penyanyi juga, dia turut mendapat perhatian daripada penerbit drama di sana yang menawarkannya berlakon dan melihat ia satu peluang terbaik mengembangkan kariernya, dia tidak berfikir panjang mencuba.
Ternyata, ada juga bakat terpendam berlakon padanya kerana bukan satu tetapi beberapa drama sudah dibintanginya termasuk Sitkom Kopi O, Cinta Yang Tertinggal, Tagal dan memegang watak utama sebuah filem berjudul Lanun.
Bagaimanapun, sampai satu tahap, terdetik di hatinya apa lagi perlu dilakukan untuk keluar daripada kepompong selesa selain merealisasikan impiannya mahu kembali bersinar di arus perdana.
Lantas, tidak mahu berlengah dan melihat impiannya berkubur kelak, dia mula bertanya kepada beberapa pihak pengurusan artis di Kuala Lumpur kerana dia juga ada material untuk dijual.
Bagaikan bernafas semula, doa serta usaha kerasnya itu akhirnya terjawab apabila dihubungi pihak pengurusan 8 Unit yang berminat menjadikannya artis naungan sebumbung artis ternama seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Tomok.
"Saya sedar saya tidak boleh duduk diam menunggu bulan jatuh ke riba dan kerana itulah saya memberanikan diri menghubungi beberapa syarikat pengurusan artis dengan menyertakan sekali profil.
"Banyak juga saya hubungi menerusi e-mel dan memang tuah buat saya, 8 Unit akhirnya membalas dengan khabar gembira. Inilah yang saya nanti-nantikan dan semestinya tidak berfikir panjang untuk bersetuju," katanya.
Lega single dapat sambutan
Kehadirannya semula yang juga tanpa tangan kosong, Candy kini dalam rangka mempromosikan single terbarunya Semalam ciptaan komposer Audi Mok.
Baru dilancarkan, lagu berkenaan sudah mula mendapat sambutan sejak berkumandang di corong radio dan turut tersenarai dalam beberapa carta termasuk di top 10 Carta Suria 30 SuriaFM.
Manakala, di sekitar Borneo juga, Semalam berjaya menduduki tangga kedua di Carta Borneo ERAfm Sabah selain mendapat pencalonan pada Muzik-Muzik 28, barubaru ini.
"Secara peribadi, saya sangat suka dengan konsep lagu ini yang memang mencerminkan sifat remaja dan gila-gila saya. Paling mengujakan, video muziknya juga sangat menarik dan peminat sudah boleh menontonnya di YouTube," katanya.
Berbekalkan harapan baru, demi membina namanya kembali, Candy yang kini mahu dikenali dengan nama pentas Candy Clement juga tidak mahu bersikap sambil lewa dalam merencanakan kariernya.
"Sudah melihat dan menilai sendiri bagaimana putaran dalam industri ini, membuatkan saya mahu berhempas-pulas untuk berjaya. Tiada lagi istilah main-main dan saya sedia korbankan masa sendiri sekiranya terikat dengan jadual.
"Tidak mahu memfokuskan kepada pasaran Melayu saja, saya berazam untuk menghasilkan lagu dalam bahasa Inggeris juga pada masa hadapan namun buat masa ini biarlah saya cipta nama dulu," katanya yang kini turut bekerja keras memperbaiki kebolehan berbahasa Inggerisnya.
Di samping itu, cukup pendiam dan tidak berani bersosial pada masa awal kemuncunlannya terbabit dalam industri muzik, Candy kini mahu lebih terbuka serta berkenalan dengan ramai orang.
"Itu sajalah silap saya di awal-awal dulu, tidak tahu bagaimana mahu mendekati orang menyebabkan kelibat saya kurang mendapat perhatian. Sekarang, saya mahu lebih terbuka dalam pergaulan dan berharap akan dapat memperbaiki cara berkomunikasi serta menambah kenalan," katanya.

0 Komen:
Post a Comment