Polis sedang memburu seorang lagi anggota 'Geng Ah Fatt', iaitu lelaki Indonesia, yang terlibat dalam kes samun sebuah rumah orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek yang dikenali sebagai Ahmad Mohammed, berusia lingkungan 40-an, itu dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Kumpulan itu dianggotai enam orang. Suspek pertama ditembak semasa
melakukan kes samun di sebuah rumah VVIP di Bukit Tunku di sini pada April tahun lepas manakala empat suspek lagi ditembak mati Jumaat lepas.
"Suspek keenam masih diburu. Jika dapat berkas suspek ini, polis berjaya
menumpaskan kumpulan ini dan menyelesaikan lima kes samun rumah VVIP sebelum ini serta dua kes samun di Bukit Antarabangsa baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. - Bernama

0 Komen:
Post a Comment