Hubungan Iqwal Hafiz - Chacha hanya kawan

Sunday, October 06, 2013

Hubungan rapat pelakon Chacha Maembong dengan penyanyi Iqwal Hafiz bukan kerana untuk meraih publisiti murahan di laman sosial.

Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Maembong, 17, turut menolak dakwaan lelaki tersebut mendekatinya kerana ingin menumpang populariti sebagai seorang pelakon.

"Kami masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing dan baru sahaja berkenalan dan jika keluar bersama pun, kami keluar ditemani rakan yang lain.

"Pada saya ia bukan kerana untuk meraih publisiti atau dia (Iqwal) ingin menumpang populariti saya, dia lebih berbakat dan lebih lama dalam industri cuma belum popular sahaja," katanya.

Iqwal Hafiz

Tambah Chacha, buat masa ini dia selesa berkawan rapat dengan lelaki itu, sementara fokus utama adalah memberi perhatian kepada bidang lakonan terlebih dahulu.

"Saya terpaksa korbankan bidang pelajaran demi menjadi pelakon, jadi saya mahu betul-betul fokus pada kerjaya terlebih dahulu kerana ini pilihan saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon berasal daripada Singapura, Shah Iskandar, Chacha bekata, mereka hanya rapat sebagai rakan artis.

Jelas Chacha, hubungan akrab tersebut hanya di lokasi penggambaran sebuah drama sahaja.

"Saya dan Shah rapat masa penggambaran drama sahaja selepas itu kami tidak berhubung lagi, mungkin gambar mesra di Instagram membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

"Ia bukan perkara baru kerana setiap kali saya muat naik gambar lelaki pasti ada sahaja gosip percintaan yang timbul," katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI