Seorang aktivis , Rowan Burrough tinggal di atas pohon epal berusia 150 tahun untuk mengelakkan pokok itu ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mewah di sini.
Tindakan Burrough, 44, mendapat sokongan penduduk tempatan yang memberikannya sup, sandwic dan air sepanjang protes tersebut.
Namun, kontraktor projek perumahan itu sempat mencantas dahan-dahan pokok epal berkenaan baru-baru ini.
Ketika kejadian, Burrough pulang sekejap ke rumahnya untuk tidur selama beberapa jam pada pukul 3 pagi.
"Terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat Britain berhubung kepentingan untuk memulihara pokok-pokok dan dusun di negara ini," kata Burrough.
"Secara peribadi, saya lebih rela pokok ini dipulihara daripada ia ditebang," tambahnya.
Dalam pada itu, polis tempatan memberitahu, aktivis berkenaan tidak ditangkap kerana pihak kontraktor mahu isu tersebut diselesai secara baik. - Agensi

0 Komen:
Post a Comment