Seorang wanita Amerika Syarikat, Britannie Penrose beransur pulih daripada kanser otak apabila dia dan sahabatnya, Aaron Lanari memasukkan sepucuk surat ke dalam botol dan melemparkannya ke dalam laut.
Botol berisi mesej penuh emosi yang ditulis oleh wanita yang bertarung dengan penyakit barah itu hanyut lebih 9,600 kilometer (km) dari tempat ia dibuang.
Mereka membuang botol itu di Jeti Oceanside, dalam negeri California pada tahun 2010 ketika kedua-duanya berusia 24 tahun.
Brittanie lupa tentang perkara itu sehingga Khamis lalu apabila botol tersebut ditemui di Pulau Guam di barat Lautan Pasifik.
Botol itu dijumpai di sebuah pantai di Guam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, Javier Sanchez.
Gurunya, Linda Tatreau kemudian membawa botol itu ke Sekolah Tinggi George Washington di Guam dengan satu perhimpunan diadakan untuk mengetahui kandungan di dalamnya.
“Pelajar saya kerap menemui botol berisi surat di tepi pantai di Guam,” kata Tatreau.
Dalam suratnya, Penrose menggesa orang ramai supaya berusaha untuk mengejar impian mereka sebelum terlambat. – Agensi

0 Komen:
Post a Comment