Salah guna taqiyyah secara meluas
Taqiyyah bererti berhati-hati, menyembunyikan atau menjaga. Maksudnya, berhati-hati berdepan musuh dengan menyembunyikan kepercayaan daripada binasa, demi menjaga keimanan supaya tidak musnah.
Secara syarie, taqiyyah bererti menyembunyikan keyakinan atau keimanan atas faktor keterpaksaan bagi menyelamatkan dan menjaga jiwa, kehormatan mahupun hartanya daripada bahaya musuh dengan menyembunyikan apa yang berlainan dengan hakikat tersembunyi dalam hati.
Menurut al-Tusi dalam kitab al-Tibyan, taqiyyah itu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara benar.
Sebahagian besar ulama menghalang individu atau kumpulan daripada beramal dengan taqiyyah dan menyifatkannya sebagai munafik kecuali mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.
Ulama terkemuka dilahirkan di Madinah, Hassan al-Basri atau nama sebenarnya Abu Said Al-Hasan Inbu Abi Al-Hasan Yassar al-Basri berpandangan bahawa taqiyyah itu harus kepada orang yang beriman hingga Hari Kiamat.
Sifat perlu dijauhi
Ada juga kalangan ulama berpandangan sifat taqiyyah perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq. Pandangan itu berasaskan firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan), yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti daripada pihak mereka (yang kafir itu)." (Surah Ali-Imran, ayat 28)
Tidak kurang juga ulama yang berpandangan taqiyyah tidak terdapat dalam ajaran Islam. Apa yang ada ialah masalah rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut, tetapi hatinya tetap dengan iman yang sebenar.
Mereka sedikitpun tidak ragu-ragu seperti yang berlaku kepada Ammar bin Yasir sehingga Allah SWT menurunkan ayat memperakui kebenaran beliau. Allah SWT berfirman bermaksud: "Kecuali orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman." (Surah al-Nahl, ayat 106)
Syarat elak penyelewengan taqiyyah
Namun, ulama berusaha meletakkan syarat tertentu bagi taqiyyah kerana dibimbangi berlaku salah guna dan penyelewengan.
Ibnu Jarir al-Tabari dalamnya menyatakan taqiyyah adalah berwaspada terhadap orang kafir saja. Al-Fakhr al-Razi menyatakan taqiyyah berlaku jika seseorang lelaki berada dalam negara kafir dan bimbang terhadap jiwa serta hartanya lalu dia melakukan taqiyyah dengan lidahnya.
Zamakhsyari dalam Tafsir al-Kasyaf menyatakan: "Sekiranya kau bertanya kepadaku: Di antara kemudahan dan azimah, yang mana lebih baik? Adakah perbuatan Ammar bin Yasir yang menggunakan kemudahan (taqiyyah) lalu mengucapkan perkataan kufur ataupun perbuatan ayah dan ibunya yang sabar di atas kebenaran lalu mereka dibunuh? Dengarlah apa kataku! Bahkan perbuatan ayah dan ibunyalah yang paling baik. Hal ini demikian kerana meninggalkan taqiyyah serta sabar pula sehingga dibunuh adalah kemegahan kepada agama Islam."
Sekiranya seseorang Islam terpaksa membunuh, berzina, merampas harta orang ataupun sampai terpaksa pula memfitnah orang lain dan memberikan pengakuan palsu, pada masa ini taqiyyah haram dilakukan.
Apa yang tidak dibolehkan ketika darurat seperti membunuh, mencederakan, memukul dan merosakkan harta benda orang. Perkara ini memang tidak boleh dilakukan. Sesiapa yang terpaksa juga melakukannya, dia mestilah membayar ganti rugi kerana telah melakukan perkara yang haram.
Ada pula ulama berpendapat taqiyyah adalah kemudahan pada permulaan dakwah Islam saja, ketika orang Islam bimbang dengan keadaan mereka. Selepas munculnya negara Islam yang kuat, tidak harus lagi menggunakan taqiyyah.
Namun, hari ini, ada pihak secara mudah dan tidak bertanggungjawab menggunakan taqiyyah sebagai alat mengelabui golongan yang berbeza fahaman atau keyakinan supaya dilihat fahaman mereka sama dengan kaum Muslimin.
Dengan bertopengkan taqiyyah ini mereka telah menjelmakan diri dalam pelbagai rupa apabila diperlukan, walaupun rupa sebenar mereka lain.
Taqiyyah sudah disalahgunakan secara meluas bertujuan melindungi kejahatan dan keburukan yang dilakukan seseorang atau kumpulan. Mereka menggunakan taqiyyah untuk menipu bagi tujuan melindungi diri daripada tindakan pihak berkuasa agama.
Pintar berpura-pura
Mereka juga mendekati ulama dan berusaha menguasai pemikiran golongan itu. Mereka amat pintar berpura- pura membuat hubungan baik sematamata untuk menyeludup ideologi dan dakyah yang diperjuangkan selama ini.
Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): Berimanlah kamu kepada al-Quran yang diturunkan kepada orang yang beriman itu: Pada sebelah pagi dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula." (Surah Ali-Imran, ayat 72)
Ibnu Umar menilai bahawa tindakan mengucapkan sesuatu di hadapan seorang Muslim yang berbeza dengan yang diucapkan jika tidak di hadapan adalah kalangan yang mempunyai sifat nifaq yang dicela pada zaman Rasulullah SAW.
"Diceritakan kepada kami `Ashim bin Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin Umar daripada ayahnya, beberapa orang berkata kepada Ibnu Umar: "Dulu jika kami menemui penguasa kami, kami mengatakan kepada mereka (di hadapan mereka) sesuatu¿ yang berbeza dengan apa yang kami katakan ketika kami telah keluar dari sisi mereka. Maka Ibnu Umar berkata: Yang demikian kami anggap suatu kemunafikan."
Oleh Amran Zakaria

0 Komen:
Post a Comment