Saya mempunyai ibu mertua yang cantik dan sangat menjaga penampilan, jadi secara tidak langsung saya terpengaruh dan tidak mahu dikatakan selekeh jika dibandingkan dengan ibu mertua," demikian kata-kata pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar atau mesra dengan panggilan .
Berbicara tentang kecantikan dan kesihatan, Shahirah sangat mengagumi kecantikan ibu mertuanya, Datin Maria Arshad.
Menurut Shahirah, memang menjadi lumrah kehidupan wanita akan berdepan dengan masalah hormon apabila meningkat usia. Katanya, kestabilan hormon dari badan sememangnya penting kerana apabila hormon dan sistem badan kita stabil, ia akan memelihara penjagaan kesihatan luar dan dalam.
Sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang anak, selebriti popular dan wanita bekerjaya bukan mudah bagi Shahirah untuk membahagikan masa dengan kerjaya dan menjaga kesihatan diri.
"Memiliki keluarga sendiri, menguruskan rumah tangga dan mempunyai kerjaya pada masa yang sama bukanlah satu perkara yang mudah. Namun demikian, saya bertekad untuk sentiasa kelihatan cantik dan tidak akan membenarkan diri kelihatan dimamah usia.
"Apabila saya menyedari mengenai masalah ketidakstabilan hormon wanita ini, saya rasa saya perlu mengambil inisiatif bagi mengatasinya.
"Sejujurnya, saya tiada masa untuk bersenam mahupun menjaga pemakanan. Di samping suplemen, kedua-dua perkara tersebut merupakan bonus bagi wanita seusia saya ," kata Shahirah yang sudah mencecah usia lewat 30-an.
"Saya seorang yang sangat malas mencuba atau makan produk dan minuman kesihatan. Berilah apa saja produk kesihatan, tidak sesekali saya sentuh walaupun dipaksa.
"Namun hati saya tertarik dengan Nuvafemme. Selepas mencubanya selama dua bulan, orang sekeliling ramai yang menegur dan melihat perubahan diri saya yang lebih segar dan seksi.
"Dari segi rutin kerja, saya masih aktif melakukannya seperti biasa, tetapi kesegaran itu saya rasa berbeza berbanding sebelum saya mencuba produk ini. Hasil lebih ketara apabila ke mana saja saya pergi, ramai yang menegur akan perubahan diri. Kebanyakan mereka menyatakan saya kelihatan jauh lebih agresif," katanya.
Bercakap soal kerjaya, menurut Shahirah tugas sebagai penyampai di stesen radio sedikit sebanyak meletakkan dia berada di dalam situasi yang agak sibuk setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Sungguhpun sudah semakin kurang berlakon, Shahirah tetap bersyukur untuk tetap menerima tawaran.
"Ikutkan waktu saya memang sudah terikat sebagai penyampai radio, tawaran itu masih ada cuma waktu menyebabkan saya menolak banyak tawaran.
"Saya memang suka akan kerjaya penyampai ini, dapat berinteraksi dengan peminat merupakan antara sebab saya memilih karier ini," katanya.
Pun begitu, walaupun sibuk dengan jadual kerja, Shahirah mengakui kesihatan itu sangat penting.
Katanya, wanita seusianya sering melupakan tentang hormon estrogen yang amat penting bagi kesejahteraan hidup wanita, sama ada semasa hamil atau sebagai hormon seks wanita. Lebih-lebih lagi apabila wanita mengalami waktu subur atau semasa kitaran haid.
"Hormon ini memainkan peranan ketika wanita dalam keadaan menstruasi, pertumbuhan payu dara, tekstur kulit dan akan mempengaruhi proses menopaus.
Di samping itu, pengambilan makanan yang seimbang mampu mengawal tahap estrogen yang keluar dari badan kita. Sebagai contohnya kacang soya baik sebagai sumber fitoestrogen pada tubuh wanita.
"Ini menjadi rahsia di sebalik kejayaan memiliki tubuh badan cantik serta keluarga yang bahagia," katanya.

0 Komen:
Post a Comment