Lebih tiga juta perokok tegar dicatatkan di negara ini dengan jumlah kematian akibat penyakit yang dihidapi perokok meningkat sehingga 10,000 setahun walaupun kenaikan harga rokok dikuatkuasakan kerajaan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penyakit akibat merokok yang membawa jumlah kematian terbesar adalah kanser paru-paru, serangan jantung, penyakit pulmonari kronik dan strok.
Menurutnya, walaupun kerajaan meningkatkan usaha menerusi kempen dan kenaikan harga secara berperingkat, langkah itu tidak memberi impak jelas terhadap penurunan jumlah perokok malah semakin meningkat saban tahun.
“Berdasarkan perkara ini jelas menunjukkan bahawa selain memberi tumpuan kepada kenaikan harga yang dilihat hanya menguntungkan peniaga dan penyeludup, kerajaan perlu membawa inisiatif lain yang lebih tegas.
“Antara usaha yang diberi tumpuan sekarang adalah memberikan pendidikan di peringkat awal contohnya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan remaja kerana di peringkat ini mereka masih dalam proses mencuba dan belum dikategorikan sebagai perokok tegar,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Menurutnya, golongan yang harus disasarkan adalah mereka yang cenderung untuk menjadi perokok seperti pelajar kerana pada tahap ini mereka masih boleh dibimbing dan dibentuk.
Rosnah berkata, adalah mustahil menghentikan tabiat merokok dalam kalangan dewasa kerana pada tahap ini mereka merupakan perokok tegar yang memerlukan proses berperingkat untuk berhenti walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan.
Tiga juta perokok tegar, 10,000 kematian setahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment