Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
AS 1Malaysia, iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB), kini disenaraikan sebagai Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata jumlah pengeluaran itu bergantung kepada mengekalan simpanan paras minimum oleh para pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur masing-masing oleh KWSP.
Katanya tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani oleh para pelabur.
AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi Bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.
Peruntukan yang direzabkan bagi masyarakat Cina telah dilanggani sepenuhnya.
AS 1Malaysia adalah dana saham amanah keenam yang diuruskan oleh ASNB yang disenaraikan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP selepas Amanah Saham Wawasan 2020; Amanah Saham Didik; Amanah Saham Gemilang; Amanah Saham Nasional 2; dan Amanah Saham Nasional 3 Imbang.
- BERNAMA
Pencarum KWSP boleh keluar simpanan utk melabur Amanah Saham 1Malaysia
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Pencarum KWSP boleh keluar simpanan utk melabur Amanah Saham 1Malaysia
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment