Fida, Mamat Sepah mengaku teman tapi mesra

Friday, August 12, 2011

Fida Ibrahim yang manis dan pelawak Mamat (Sepah) mengaku mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.

Fida akui menyenangi sikap Mamat yang lebih mementingkan keluarga dalam hidupnya.

"Saya dan Mamat berkawan rapat hampir enam bulan lalu. Saya suka berkawan dengannya setelah melihat banyak keistimewaan dalam dirinya.

"Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain.

"Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak," jelas Fida.

Menurutnya, hubungan mereka mula mesra selepas kerap kali bertemu untuk menjayakan promosi filem “Man Sewel Datang KL” pada bulan Mac tahun ini.


"Saya tak nafikan, sejak dari itu kami pernah keluar bersama-sama tetapi ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing.

"Kami juga sering berhubung melalui BlackBerry Messenger (BBM). Saya serius berkawan dengannya cuma tentang jodoh kita belum tahu," ujar Fida.

Sebelum ini, Fida akui pernah berkawan dengan Zizan (Raja Lawak). Ditanya sama ada kriteria lelaki pilihannya adalah seorang yang kelakar, jelas Fida: "Saya suka pelawak kerana seronok berkawan dengan mereka yang kadangkala berbeza karakter di luar berbanding yang kita tengok di televisyen."

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI