Ayah bintang bola sepak kelab Liga Perdana England, Chelsea, John Obi Mikel diculik di Nigeria, Jumaat lalu, kata wakil pemain itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut syarikat pengurusan, Sport Entertainment and Media Group (SEM), Michael Obi, yang menguruskan sebuah syarikat pengangkutan diculik pada Jumaat lepas, namun tiada tuntutan wang tebusan dibuat.
Mikel, 24, dimaklumkan mengenai situasi itu sebelum pasukannya memulakan perlawanan menentang Stoke City, namun dia memaklumkan untuk bermain dalam perlawanan tersebut 'supaya tidak menjatuhkan semangat pasukan dan keluarga.
Tiada sebarang petunjuk kedudukan Michael sejak dia tidak pulang ke rumah dari tempat kerjannya di Jos, ibu kota Plateau State di tengah Nigeria. - AFP
Bapa pemain kelab Chelsea diculik di Nigeria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment