Sambutan perayaan Hari Orang Asal Sedunia peringkat kebangsaan akan diadakan di Sabah pada 6 hingga 9 Ogos ini.
Sambutan anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) itu bertujuan memberi ruang kepada pelbagai program dan aktiviti yang memperlihatkan keunikan budaya, kehidupan dan pengetahuan tradisi, serta acara sukan dan masakan komuniti orang asal di Malaysia.
"Acara empat hari ini akan diadakan di bangunan Hongkod Koisaan, Penampang, dan pemimpin dan personaliti orang asal, para wakil daripada organisasi pemberi dana dan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia termasuk masyarakat orang asal dari seluruh negara, akan menghadirinya.
"Fokus perayaan kali ini adalah kepada kaum wanita dan belia orang asal sebagai pengiktirafan kepada peranan mereka sebagai penjaga pengetahuan tradisi dan juga perjuangan mereka untuk mengatasi diskriminasi,” menurut JOAS dalam satu kenyataan hari ini.
Ini merupakan kali kedua Sabah menjadi tuan rumah selepas dipilih menjadi hos kali pertama pada 2008. - Bernama
Hari Orang Asal Sedunia di Sabah, 6 hingga 9 Ogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment