Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilanjutkan seminggu ke 21 Ogos.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat susulan saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P supaya tempoh itu dilanjutkan.
“Ini berikutan sambutan berterusan daripada majikan serta pekerja dan pendatang asing tanpa izin di kaunter-kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu, baik di pejabat imigresen mahupun melalui syarikat pengurus yang dilantik kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Mahmood berkata kerajaan juga memutuskan bahawa setiap Pati yang mendaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini.
Sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 1,807,000 Pati dan pekerja asing sah telah direkodkan, dan daripada jumlah itu, 885,156 merupakan bagi Pendaftaran Pekerja Asing Sah.
Mahmood berkata berikutan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim, perlu mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai program itu.
Katanya langkah itu juga akan dapat menyakinkan Pati di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar.
“Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap Pati dan ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan sekitar November ini,” katanya. -BERNAMA
Program 6P (PATI) dilanjutkan ke 21 Ogos 2011
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Program 6P (PATI) dilanjutkan ke 21 Ogos 2011
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment