Ikan Ebek (Diamond Trevally)
Saban tahun sekitar bulan April hingga Ogos dikira waktu terbaik untuk memancing ikan Ebek (Diamond Trevally) yang banyak di perairan Terengganu hingga ke selatan Johor.
Ebek berwarna perak ini adalah spesies yang mampu memberi pertarungan yang mengasyikkan selain mempunyai isi yang lazat dan sentiasa menjadi gilaan kaki pancing.
* Ebek/rambai/cermin atau nama komersial Diamond Trevally adalah spesies penghijrah yang boleh didapati sekitar Asia iaitu di Pantai Timur negara ini, Indonesia, Jepun, Australia dan China mulai pantai hingga tengah laut.
* Spesies bersifat pemangsa ini boleh dipancing sekitar laut kedalaman 20m (meter) hingga 100m di mana anak ikan bergerak dalam kumpulan manakala ikan dewasa bergerak secara solo.
* Ciri-ciri ebek iaitu mempunyai bentuk badan empat segi memanjang. Badan berwarna putih perak serta kuning jernih dan berbintik kelabu di bahagian ekor badan.
* Sirip dorsal atas, bawah dan tepi memanjang dan mempunyai ekor berbentuk `Y'.
* Diet makanan spesies ini seperti ikan kecil, sotong, udang, kerang, dan obor-obor yang kebiasaannya banyak di persisiran laut.
* Cara memancing ikan ini menggunakan umpan anak ikan kembung atau udang hidup secara kaedah apollo atau dasar. Ebek boleh juga dipancing menggunakan teknik mengunjun besi jig di sekitar unjam.
0 Komen:
Post a Comment