Para pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), para pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat mulai Jumaat ini.
Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.
Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank, menurut kenyataan itu.
Para pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479. - Bernama
Pesara terima pencen dan bayaran khas Hari Raya ,Jumaat
Entri Lain
Permalink: Pesara terima pencen dan bayaran khas Hari Raya ,Jumaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment