Kajian: Umur Panjang Ada Kaitan Genetik

Thursday, August 04, 2011

Umur Panjang Ada Kaitan Dengan Genetik - Kajian

Para pakar genetik dari Israel telah mendapati, umur panjang ada kaitan dengan genetik sesuatu kaum atau kumpulan etnik sebagaimana yang dibuktikan oleh sekumpulan Yahudi Ashkenazi yang kebanyakkannya hidup hingga melepasi umur 95 tahun.

Kajian itu juga mendapati, umur panjang masyarakat Yahudi tersebut tidak ada kena mengena dengan tabiat pemakanan atau gaya hidup kerana mereka secara umumnya mengamalkan gaya hidup yang sama seperti masyarakat atau kumpulan etnik yang lain.

Malah, golongan lelaki Yahudi Ashkenazi didapati mengambil minuman keras yang jauh lebih banyak daripada biasa, demikian menurut kajian itu yang disiarkan oleh edisi online Journal of the American Geriatrics Society.

"Kajian ini mendapati, mereka yang umur panjang memiliki genetik yang berfungsi sebagai penebat atau daya tahan kepada segala macam kesan sampingan akibat daripada gaya hidup tidak sihat," kata Nir Barzilai, Pengarah Institut Untuk Kajian Hayat di Kolej Perubatan Albert Einstein di Universiti Yeshiva.


Kajian itu melibatkan 477 orang Yahudi Ashkenazi berumur antara 95-122 tahun dan 75 peratus daripadanya adalah wanita.

Yahudi Ashkenazi dipilih untuk kajian ini kerana dari segi genetik mereka lebih seragam dan ‘tidak tercemar’ berbanding dengan kumpulan Yahudi yang lain.

Data yang diperolehi daripada kumpulan Yahudi Ashkenazi ini kemudian dibandingkan dengan sekumpulan 3,164 orang dari kumpulan etnik yang lain yang dilahirkan lebih kurang pada era yang sama dan sampel mereka diambil dari tahun 1971 hingga 1975.

Hasil kajian itu juga mendapati, 24 peratus daripada subjek yang panjang umur mengambil minuman beralkohol setiap hari berbanding 22 peratus lagi daripada populasi umum sementara 43 peratus daripada subjek yang panjang umur didapati bersenam secara kerap berbanding 57 peratus lelaki biasa.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI