Samsung Galaxy Tab 10.1 tiru Apple Ipad?

Friday, August 12, 2011

Apple berjaya mendapatkan perintah mahkamah di Jerman untuk menyekat Samsung daripada memasarkan keluaran komputer tablet terbaru mereka, Galaxy Tab 10.1 di Kesatuan Eropah (EU).


Dalam pertikaian terbaru mengenai paten dan hak cipta antara kedua-dua syarikat itu, perintah sekatan penjualan tersebut akan dilaksanakan di semua negara anggota EU kecuali Belanda, menurut satu sumber yang rapat dengan perundingan tersebut kepada agensi berita Jerman dpa.

Perintah yang dibuat oleh mahkamah negeri Dusseldorf itu dikenakan ke atas anak syarikat Samsung di Jerman iaitu Samsung Electronics GmbH dan syarikat induk di Korea Selatan.

Keputusan dibuat ketika Samsung bersiap sedia untuk melancarkan keluaran terbaru mereka, Galaxy Tab 10.1 di Jerman bulan ini.

Apple turut memfailkan tuntutan saman sebanyak 250,000 (RM1.09 juta) atau hukuman ke atas syarikat Korea Selatan itu jika tidak mematuhi perintah tersebut.

Pertikaian ini mencapai kemuncak pada April lalu apabila Apple menyaman Samsung di Amerika Syarikat dengan mendakwa telefon Galaxy dan komputer tablet syarikat itu meniru perisian iPhone dan iPad, tetapi Samsung bertindak mengemukakan saman balas.

Sejak itu, pertikaian di mahkamah antara kedua-dua syarikat itu merebak ke beberapa negara dan pada awal Ogos lalu, Samsung menangguhkan pelancaran Galaxy Tab 10.1 di Australia ekoran Apple memfailkan tuntutan mahkamah bagi menghalang penjualan produk itu di seluruh dunia.

Mahkamah Australia turut mengarahkan Samsung menangguhkan pengiklanan dan pemasaran produk tersebut sehinggalah pertikaian itu selesai. - dpa

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI