Pelakon dan model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani yang ditahan polis malam tadi, direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya pada 24 Mac lalu.
Artis berusia 41 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Ampang Jaya di sini pukul 9.25 pagi bersama beberapa tahanan lain. Dia dilihat memakai kemeja dan berseluar pendek dengan tangan bergari.
Badrul Muhayat kemudian dilihat memaki hamun wartawan dan jurugambar yang menghampirinya sebaik sahaja dia turun dari kenderaan polis.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Karimah Wan Abd. Ghani.
Pelakon yang terkenal melalui filem Harry Boy dan Riang Tirana pada tahun 1990-an itu gagal dikesan selepas didakwa memukul isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru minggu lalu.
Isterinya, Julia Daud, 28, kelmarin menceritakan kejadian yang menimpa dirinya dan dianggap mimpi ngeri dalam perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, Badrul Muhayat ditahan polis ketika berada di sebuah restoran di Taman Nirwana, Ampang kira-kira pukul 11 malam tadi.
Pelakon yang dikurniakan dua orang anak itu kini disiasat kerana dua kes ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan satu kes mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Badrul Muhayat direman empat hari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Komen:
Padan muka! Nyampah tgk lelaki kaki pukol ni. Sah ade betina lain..
Post a Comment