Jenama kasut Aliph,kini tinggal sejarah
Aliph cuma satu jenama kasut. Namun, hanya kerana tidak lagi dikeluarkan dan pernah menjadi satu jenama kasut tempatan popular di negara ini satu ketika dulu, ia kini menjadi buruan segelintir individu sebagai satu koleksi barangan yang sukar diperoleh.
Itulah yang berlaku pada jenama kasut Aliph, iaitu rangkaian kasut jenama tempatan paling diminati di kalangan remaja sekolah serta kumpulan muzik aliran ‘ rock kapak ’ sekitar 1980-an hingga 1990-an.
Walaupun kini ada kalangan generasi muda yang langsung tidak mengenali, jauh sekali mendengar nama kasut berkenaan, bagi ‘peminatnya’ ia satu nostalgia, sekali gus mengimbas kembali zaman kebangkitan ‘irama’ rock selari dengan munculnya pelbagai kumpulan rock tanah air ketika itu.
Pengumpul koleksi kasut Aliph, Mohd Nazari Ibrahim, berkata koleksi kasut Aliph sememangnya popular sekitar tahun berkenaan berikutan corak serta potongan bentuk kasut adalah paling terkini ketika itu.
Disebabkan itu juga, kasut terbabit memberi kesan kepada kebanyakan pelajar sekolah lewat tahun berkenaan, termasuk remaja yang terbabit dalam bidang muzik.
“ Dulu tidak ada permainan video seperti kini dan kebanyakan masa dihabiskan dengan mendengar radio. Jadi disebabkan itu, muzik turut mewarnai kehidupan pada waktu itu.
“ Oleh kerana muzik aliran rock kapak sangat popular dan pelbagai kumpulan rock mula tumbuh macam cendawan lepas hujan, semua orang termasuk remaja yang bersekolah mahu jadi rock dan ‘ beridentiti ’ rock, ” katanya.
Menurutnya, kebanyakan remaja kampung sepertinya ketika itu selalu duduk menghabiskan masa dengan bermain gitar di tepi jalan mengikut rentak lagu kumpulan yang wujud seperti Search, SYJ dan Lefthanded.
Malah, disebabkan itu juga kebanyakan mereka mengikut pemakaian kumpulan rock ketika itu.
“ Dulu, kalau tak simpan rambut panjang, pakai kemeja T dengan seluar jeans ketat memang tak sah.
“ Jadi, disebabkan banyak kumpulan rock ketika itu memakai kasut Aliph, secara tidak langsung remaja ketika itu turut mengikut trend memakainya, ” katanya.
Menurut Mohd Nazari, hobi mengumpul kasut Aliph tersemai sejak 10 tahun lalu apabila dia terbabit dalam satu forum bagi mengenal pasti peralatan serta perkakasan yang digunakan kebanyakan kumpulan rock sekitar 1980-an dan 1990-an, sekali gus mengenali identiti ‘rock’ itu sendiri.
Setiap jenama serta fesyen pemakaian serta peralatan muzik digunakan kumpulan muzik lewat tahun berkenaan dikaji hinggalah timbulnya isu pemakaian kasut Aliph yang digunakan kebanyakan kumpulan muzik rock.
“ Dulu kasut Aliph memang popular sama ada di kalangan orang dewasa mahupun pelajar sekolah. Sebabnya potongan serta bentuknya memang paling terkini dan mengikut cita rasa seperti seseorang yang berimej rock.
“ Saya masih ingat lagi ketika zaman remaja, saya turut memiliki sepasang kasut Aliph jenis Hi-Cut. Kerana pengaruh penggunaannya ketika itu dan nostalgia yang masih belum pudar membuatkan saya mencari dan mengumpul kembali jenama berkenaan, ” katanya.
Demi mencari serta mengumpul koleksi berkenaan, dia yang berasal dari Tanjung Malim, Perak, mengakui ia memerlukan sedikit kesabaran dan penelitian selain perlu rajin bertanya.
Katanya, ada antara koleksi berkenaan sebenarnya mudah diperoleh di Internet berikutan ada pihak menjualnya, namun seseorang itu perlu pandai dan bijak untuk tawar menawar dan membuat perbezaan harga.
“ Kalau di Internet, kadangkala harganya mencecah hingga puluhan ribu ringgit dan ini paling menguji seseorang itu.
“ Seperti saya, kasut demikian tidak akan saya beli berikutan terlalu mahal dan cabaran bagi saya apabila mendapatkannya di kedai kasut yang wujud di pekan lama dengan harga jauh lebih murah,” katanya yang memiliki koleksi 10 pasang kasut Aliph pelbagai jenis, termasuk tiga jenis Teni yang dikeluarkan khusus untuk wanita.
Sementara itu, bagi Azizul Azmi Azhar, 29, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, mengumpul koleksi kasut Aliph memberi kepuasan kepada dirinya berikutan faktor kesukaran mencarinya.
Katanya, sebagai pengumpul koleksi kasut Aliph, pantang baginya melihat atau mendengar jenama kasut berkenaan.
“ Kalau saya berjalan ke mana-mana, perkara pertama yang selalu saya perhatikan adalah papan tanda kedai. Jika ada tertulis jenama Aliph, pasti saya berhenti dan tanya pemilik kedai sama ada mereka menyimpannya atau tidak.
“ Malah, pernah satu ketika kerana teruja melihat papan tanda Aliph di sebuah kedai di Muar, Johor saya terus masuk dan meminta pemiliknya menyelongkar stor bagi mencari jika masih ada tersimpan. Sudahnya saya dihalau selepas terus mendesak pemilik kedai itu mencarinya, ” katanya.
Mempunyai pendapat sama seperti Mohd Nazari, Azizul Azmi mengakui tidak membeli kasut berkenaan dari mana-mana portal di Internet berikutan harganya yang kebiasaan berkali ganda lebih tinggi.
“ Walaupun minat, tapi jika harganya tidak munasabah, saya tidak beli. Saya lebih suka mencarinya di pelusuk kedai lama sekitar pekan lama kerana cabaran untuk mencarinya membuatkan saya lebih puas.
“ Kadangkala kasut ini juga terselit di kedai bundle tapi jarang jumpa kerana kebanyakan penjual bundle kini tahu kasut Aliph sangat sukar dijumpai dan mereka kebiasaannya turut meletakkan harga tinggi, ” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pengumpul kasut Aliph sepertinya tidak memakai kasut berkenaan dan hanya menyimpannya sebagai koleksi peribadi.
“ Kebanyakan kasut yang dibeli disimpan sebagai satu koleksi dan jarang ada pengumpul memakainya.
“ Kalau ada pun, ia dipakai untuk tujuan tertentu dan dalam tempoh singkat saja kerana khuatir ia rosak, ” katanya.
- Harian Metro -13 Jun 2010

0 Komen:
Post a Comment