Raikan Wanita: Sejak Usia 10 Tahun Dato’ Dr Vida Tidak Henti Bekerja

Tuesday, January 06, 2015

 Raikan Wanita: Sejak Usia 10 Tahun Dato’ Dr Vida Tidak Henti Bekerja

Dugaan dan cabaran mengharungi liku kehidupan memberi banyak pengajaran dan kekuatan buat pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Dr Vida atau nama sebenarnya Dato’ Dr Hasmiza Othman untuk terus bangkit dan melakukan perubahan besar dalam hidupnya.

Siapa sangka, memulakan profesion sebagai seorang guru tidak menghalang wanita yang suka berniaga ini berusaha mengubah kehidupan beliau. Berani mengambil keputusan untuk meninggalkan karier sebagai soerang guru, beliau memulakan langkah drastik dengan menjual produk kecantikan di kios-kios sebelum berjaya menempa nama antara usahawan berjaya pada hari ini.


Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa setiap dari kita pasti akan diuji dengan dugaan oleh Yang Maha Esa. Dikejutkan dengan kehilangan dua orang anak lelaki dalam satu kebakaran dua tahun lalu dan masalah rumah tangga yang dihadapi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit dari kehidupan semalam.
Semestinya beliau dijadikan sebagai idola dan juga inspirasi bua tkaum wanita diluar sana untuk terus berjaya dalam pelbagai bidan yang diceburi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Dato’ Dr Vida jangan lupa  untuk menonton ‘Raikan Wanita’ yang akan bersiaran setiap Rabu, 9.30 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

‘Raikan Wanita’ merupakan sebuah program yang memaparkan kehidupan 13 orang personaliti hebat dalam setiap episod menerusi beberapa segmen seperti latar belakang, perjalanan karier dan kehidupan pahit manis mereka.Antara personaliti yang terlibat ialah Mawar Abdul Karim (Fareeda), Pandalela Rinong dan ramai lagi! ~ Astro

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI