Panduan beli-belah mengikut GST hujung bulan ini

Wednesday, January 07, 2015

 Panduan beli-belah mengikut GST

Senarai barang di bawah sistem percukaian baharu, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikeluarkan hari ini bagi memudahkan peruncit dan pemborong mengenal pasti barang yang dikenakan GST pada kadar sifar, standard dan dikecualikan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata senarai barang itu dikeluarkan menerusi kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMI) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia.

Senarai barang bercukai dan tidak bercukai itu adalah maklum balas kepada luahan dan rungutan peruncit yang berdepan masalah untuk mengenal pasti barang yang dikenakan GST pada kadar sifar, standard dan dikecualikan, tambahnya.

Sebagai permulaan sebanyak 1,800 barang ada dalam panduan senarai barang bercukai dan tidak bercukai berkenaan dan jumlahnya akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Bagi syarikat yang sudah mendaftar GST, senarai barang bercukai dan tidak bercukai ini akan dihantar secara dalam talian kepada mereka," katanya selepas merasmikan "Program Handholding" atau program bimbingan anjuran KDRM kepada sektor peruncitan di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Senarai berkenaan adalah hanya untuk peruncit manakala bagi pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan panduan beli-belah atau "shopper guide" pada akhir bulan ini atau awal bulan depan.

Dari segi pendaftaran GST, Chua berkata, sejumlah 301,306 syarikat berdaftar di bawah GST setakat 5 Januari lalu. Daripada syarikat berkenaan, 123,000 adalah peruncit dan pemborong; 49,000 hartanah dan pembinaan dan 33,000 pengilang manakala selebihnya adalah lain-lain industri.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI