Pengawal keselamatan didakwa bunuh Timbalan Pengarah Veterinar

Wednesday, August 17, 2011

Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, di sebuah pangsapuri di Ulu Kinta, 3 Ogos lalu.

Syahmie Hassan, 20, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Akmal Mustafa Kamal.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Syahmie didakwa membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak Dr Rohani Kasim, 38, di sebuah pangsapuri beralamat Blok F, Tingkat 1, Unit 9, Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View di Ulu Kinta antara 6 petang dan 7.30 malam pada 3 Ogos lalu.


Bagi kesalahan itu, pengawal keselamatan terbabit didakwa mengikut Seksyen

302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Abdurrahim
manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI