Remaja maut dibaham beruang kutub ketika berkhemah

Monday, August 08, 2011

Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway.

Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain.

Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepala Horatio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.

"Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar," kata Terry.

Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.


Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian.

Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI