iPhone paling laris di dunia

Tuesday, August 09, 2011

iPhone paling laris di dunia

iPhone keluaran Apple muncul sebagai telefon pintar paling laris di dunia pada suku kedua tahun ini selepas ia menguasai bilangan keluaran telefon pintar berbanding jenama lain.

Firma penyelidikan pasaran dan analisis teknologi maklumat, International Data Corporation (IDC) berkata, Apple mengedarkan kira-kira 20.3 juta iPhone ke seluruh dunia pada suku kedua tahun ini berbanding telefon pintar jenama Samsung, Nokia, RIM, HTC dan lain-lain.

Pada suku pertama tahun ini, Apple hanya mengagihkan sebanyak 18.7 juta iPhone meletakkannya di tempat kedua di belakang Nokia yang mengeluarkan 24.2 juta telefon pintar.

Nokia kini sedang dalam proses berubah kepada sistem operasi Windows Phone daripada Symbian sebelum ini, tetapi model baru menggunakan sistem operasi baru itu tidak akan dikeluarkan tahun ini.

"Pasaran telefon pintar buat suku kedua tahun ini dikuasai Apple. Permintaan terhadap iPhone terus meningkat kerana pengguna masih terus mendapatkan generasi pertama dan kedua telefon pintar itu yang dikeluarkan beberapa tahun lalu," kata penganalisis IDC, Ramon Llamas.

Katanya, Apple mampu mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran telefon pintar sehingga hujung tahun ini melalui penambahbaikan yang dilakukan ke atas gajet-gajetnya.

Menurut IDC, kejayaan Apple itu disumbangkan melalui penjualan iPhone oleh lebih 200 ejen di 200 negara.


Bagaimanapun, jumlah pengeluaran Apple itu masih rendah berbanding yang pernah dicatat pengeluaran telefon pintar Nokia sebanyak 28 juta dalam tempoh sama.

Samsung berada di tempat kedua pasaran telefon pintar iaitu sebanyak 17.3 juta unit gajetnya itu diedarkan ke seluruh dunia.

Antara yang paling mendapat sambutan ialah Galaxy S smartphones yang dilengkapi perisian Android. - Agensi

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI