Dr. Robiah K Hamzah pengetua (mudirah) Ustazah Pilihan

Thursday, August 11, 2011

Pakar motivasi terkenal,Dr Robiah K Hamzah dilantik sebagai pengetua (mudirah) Ustazah Pilihan dan dibantu oleh dua pengajar (mursyidah) iaitu Dr Muhaya Hj Hamad dan Zawiah Hassan.


Ustazah Pilihan diacarakan oleh pengacara wanita juga penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani.


Pengetua (mudirah)Ustazah Pilihan, Dr. Robiah K Hamzah menyifatkan pemilihan kaum wanita sebagai peneraju program tersebut adalah bertujuan untuk mencari barisan muslimah pelapis yang boleh menjadi ikon dan pendakwah yang dihormati kelak.

Dr Robiah sama sekali tidak melihat pemilihan tersebut bakal mengaburi peranan kaum lelaki sebagai pemimpin.

"Kaum wanita adalah penyokong dalam segenap aspek kehidupan seorang lelaki. Sejak zaman nabi lagi, sudah banyak kisah dan contoh yang membuktikan kemampuan wanita untuk memimpin dan memberikan sumbangan.

"Saya tidak pernah berhajat untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab lelaki. Terus-terang, ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita mencari pelapis muslimah," katanya sambil berharap agar pembabitan wanita dalam program itu tidak akan disalahertikan oleh mana-mana pihak.

Sepuluh peserta UP akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi sebelum ia mula bersiaran pada awal Oktober depan di Astro Oasis (saluran 106).

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI