Imam Mekah tidak boleh baca surah terlalu panjang

Wednesday, August 17, 2011

Seorang imam mungkin akan diambil tindakan kerana sengaja memanjangkan bacaan dalam solat walaupun mendapat rungutan daripada jemaah.

Sheikh Bakur bin Hamid Mir, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Bahagian Wakaf, Dakwah dan Bimbingan, cawangan Makkah telah menghantar surat kepada pengarah di Makkah untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh jemaah tentang imam itu.

Hanya terdapat satu masjid saja di daerah itu. Jemaah membuat aduan imam telah menolak permintaan mereka untuk memendekkan bacaan dalam solat sejak tiga tahun lepas.

Sumber berkata, pihak kementerian akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini dan cuba memulihkan hubungan antara jemaah dengan imam itu.

Jemaah berkata, ramai penduduk telah pergi ke masjid di daerah yang berdekatan ketika bulan Ramadan.

Kata seorang jemaah, Imam juga membaca surah panjang ketika solat zohor dan asar dengan alasan mahu menghabiskan semua surah di dalam al-Quran.

Sheikh Bakur berkata, imam tidak boleh membaca surah terlalu panjang dalam solat.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI