Jualan kek lapis Sarawak terjejas kerana isu babi

Tuesday, August 09, 2011

Industri kek lapis Sarawak yang sebelum ini menjana pendapatan tinggi usahawan bumiputera wanita negeri ini serta sinonim dengan imej pelancongan Sarawak kini berdepan masa depan yang gelap sehingga ada menghadapi prospek gulung tikar.

Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata, walaupun jaminan sudah diberi mereka tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka.

Beliau berkata ada peniaga yang sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal untuk menyakinkan pelanggan Islam.

"Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak dari Selangor menghubungi saya menangis kerana diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI