Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) beroperasi sepenuhnya Oktober 2011

Tuesday, August 16, 2011

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada rakyat dijangka beroperasi sepenuhnya di seluruh negara pada Oktober ini.

Timbalan Pengerusi YBGK, K. Ragunath berkata, buat permulaan, lebih 1,000 peguam sukarela termasuk peguam syariah akan menawarkan perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah, iaitu tidak melebihi RM25,000 setahun.

"Kira-kira 80 peratus orang kena tuduh (OKT) dihadapkan ke mahkamah bagi kes jenayah tidak diwakili peguam untuk membela diri.

“Sehubungan itu, penubuhan yayasan ini tepat pada masanya kerana ia akan meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ragunath berkata, semua rakyat Malaysia yang layak akan diberikan bantuan guaman daripada peringkat tangkapan, reman dan juga permohonan ikat jamin.

"Yayasan ini akan memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia,” katanya. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI