Pemeriksaan percuma Proton sehingga 16 September 2011

Saturday, August 13, 2011

PROTON Holdings Berhad (PROTON) menawarkan khidmat pemeriksaan 18 bahagian percuma kepada pengguna keluarannya di semua pusat servis PROTON Edar seluruh negara sehingga 16 September ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pemeriksaan percuma itu dilancarkan 15 Julai lalu bersama diskaun sehingga 30 peratus bagi pemegang kad keahlian setia PROTON untuk pembelian alat ganti kenderaan.

“Ini inisiatif utama Kempen Keselamatan PROTON 1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan supaya memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum melakukan perjalanan jauh pada musim perayaan.

“Bermula 22 hingga 25 Ogos ini juga, kita akan buka khidmat percuma ini di tiga Hentian Rehat dan Rawat (R&R) PLUS di Ayer Keroh, Melaka; Dengkil, Selangor; Gunung Semanggol, Perak dan Hentian Temerloh Timur, Lebuhraya Pantai Timur (LPT),” katanya ketika melancarkan kempen itu di Kilang PROTON, di sini semalam.

Kempen mendapat kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), PLUS, MTD InfraPerdana Berhad, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis. Hadir sama Ketua Pengarah JKJR, Gerald Leslie Leon; Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Fuad Abdul Latiff dan Pengarah AADK Selangor, Alias Jaafar.

Syed Zainal berkata, kempen itu juga menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi aspek keselamatan, kesihatan di tempat kerja dan kempen anti dadah bagi warga kerja PROTON.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI