Main Kutu tradisi dibenarkan

Saturday, August 13, 2011

Aktiviti kutu yang dijalankan secara tradisi dan berkonsep tabungan serta tidak bermotif keuntungan di kalangan anggota masyarakat di kampung atau bandar dibenarkan atas dasar tolong-menolong di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (SSM) Datuk Muhammad Redzuan Abdullah berkata, pindaan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat Julai lepas hanya berkuatkuasa ke atas orang perseorangan atau syarikat yang mengambil komisen ke atas perniagaan skim kutu.
"Akta itu akan berkuatkuasa dalam masa terdekat bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat penganjur perniagaan skim kutu. -Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI