Kerajaan Britain sampaikan simpati kepada penuntut Malaysia

Wednesday, August 10, 2011

Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di Timur London semalam dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata, beliau telah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

"Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli.

"Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, hari ini.

Muhammad Asyraf, 20an, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara, diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya. -Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI