Apartmen paling kecil di AS

Monday, August 08, 2011

Sebuah apartmen dipercayai yang terkecil di AS, cuma seluas 7.2 meter persegi.


Kediaman tersebut yang dimiliki seorang arkitek, Luke Clark Tyler tidak memiliki dapur atau bilik mandi kerana kesempitan ruang.

Dikenali sebagai 'rumah kotak kasut', apartmen berkenaan dilengkapi sebuah katil sofa, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini yang dipasang pada meja tempat dia bekerja.

Tyler, 27, berkongsi bilik air dan tandas dengan tiga pemilik apartmen lain di sebuah bangunan apartmen di pusat bandar di sini.

Dia menyewa apartmen mini itu pada harga cuma AS$800 (RM2,406) sebulan.

Sewa tersebut dianggap murah berikutan harga hartanah di sini yang melambung tinggi. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI