Prestasi jalur lebar merosot walau semakin ramai guna

Tuesday, August 02, 2011

Kadar penembusan jalur lebar di negara ini semakin meningkat, namun prestasinya dianggap merudum berdasarkan peningkatan aduan pengguna bagi tempoh dua tahun lepas.

Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Azizan Mohamad Afandi berkata, pihaknya menerima 683 aduan mengenai perkhidmatan itu pada 2009, yang meningkat kepada 872 pada tahun lepas.

"Jumlah aduan mengenai perkhidmatan jalur lebar adalah tertinggi daripada semua jenis aduan yang kami terima,” katanya kepada Bernama.

Katanya, kebanyakan aduan tersebut berkaitan kelajuan perkhidmatan yang tidak memenuhi kehendak pelanggan serta liputan yang tidak meluas.

"Biasanya selepas menerima aduan, kami akan memaklumkan kepada penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan penyelesaian menang-menang,” katanya. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI