Bekam wajah naikkan seri muka

Friday, October 04, 2013

Berbekam di muka? Bolehkah? Tidakkah nanti akan menyebabkan lebam pada muka seperti yang biasa dilihat jika berbekam di badan? Ini persoalan yang bermain di fikiran, tetapi semua persoalan ini terjawab apabila diberitahu bekam boleh membantu wajah kelihatan cantik dan berseri sepanjang hari.

Kebiasaa nnya wanita menjalani rawatan muka dengan menggunakan pelbagai produk moden di pasaran bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik.

Mereka takut untuk berbekam di bahagian wajah kerana bimbang kesan sampingan termasuk parut selepas proses pengeluaran darah kotor.

Namun bekam wajah kini menjadi semakin popular, bukan satu untuk menaikkan seri wajah supaya sentiasa cantik, malah dapat menghilangkan tekanan pada pengamalnya.

Bekam wajah juga dapat mengembalikan kesegaran dan mengekalkan keremajaan kulit wajah apabila toksin yang terkumpul dibuang melalui kaedah ini. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian muka dan kepala.

Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin berkata, bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit berbanding bekam badan selama satu jam.

Katanya, ramai wanita yang mengalami masalah migrain, jerawat, resdung dan sakit kepala menggunakan kaedah ini selepas mengetahui manfaatnya khususnya terhadap kesihatan dan kecantikan.

"Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala.

"Rawatan ini akan mengeluarkan darah kotor di bahagian bermasalah, seterusnya dapat mengembalikan kesihatan mereka," katanya.

Katanya, dalam kaedah ini, tiga hingga lima cawan digunakan untuk wajah berbanding di bahagian badan yang menggunakan 10 hingga 15 cawan.

Menurutnya, bekam wajah perlu dilakukan secara berterusan iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara dan mengekalkan kesihatan berpanjangan.

"Banyak faktor boleh menyebabkan kewujudan darah kotor, tetapi yang utama ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat," katanya sambil memberitahu kaedah ini tidak menyebabkan rasa sakit, sebaliknya membuatkan kesihatan bertambah baik.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI