Laporan Ketua Audit Negara 2012 - SPRM buka kertas siasatan

Sunday, October 06, 2013

SPRM Buka 15 Kertas Siasatan Berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2012

Sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata SPRM akan diteliti secara serius termasuk kelemahan yang didedahkan oleh laporan itu.

"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes rasuah, salah guna kuasa dan penyalah gunaan dana yang diketengahkan dalam laporan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mustafar berkata SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

"SPRM, akan mengetuai pasukan ini, kita akan mengumumkan hasil dapatan, pelan tindakan serta cadangan tindakan selanjutnya yang akan diambil kepada mereka yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan," katanya.

Berhubung penubuhan jawatankuasa khas ang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mustafar berkata ia merupakan langkah yang bermakna dan usaha yang proaktif bagi membolehkan isu yang bangkitkan dalam laporan tersebut tidak berulang kembali.

"Pada masa yang sama, tindakan tehas akan diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi undang-undang," katanya.

Beliau berkata selain daripada menjalankan siasatan, SPRM juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan terlibat untuk mendapatkan maklumat, yang dapat membantu siasatan berhubung kes sedang dijalankan.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes di bawa ke mahkamah sementara lima pegawai kerajaan dikenakan tindakan disiplin.

Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa.

~ Mstar

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI