Shahidan Kassim, Isteri, Adik 'Dominasi' Umno Arau

Sunday, October 20, 2013

Umno Arau kini didominasi oleh keluarga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan Jafperi dengan pertanding satu lawan satu apabila beliau memperoleh 478 undi manakala Jafperi 206 undi.

Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim memenangi jawatan Ketua Timbalan Umno Arau, menewaskan senator Khalid Ahmad, yang merupakan setiausaha politik kepada Menteri Besar Perlis.

Minggu lepas, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin menewaskan penyandang Ketua Wanita Umno Arau, Datuk Mastika Junaidah Hussin.

Ketika berita ini ditulis, nasib Menteri Besar Perlis, Azlan Man masih belum diketahui melibatkan persaingan tiga penjuru dengan Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail dan Timbalan Ketua Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh untuk jawatan Ketua Bahagian Kangar.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Perlis, Datuk Abdul Azib Saad berkata, keputusan mengambil masa setakat tengah malam Sabtu. ~mstar

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI