Nora Danish tak terima hadiah Ferrari,banglo dari Nedim

Monday, October 07, 2013

Nora Danish dikatakan terima hadiah sebuah kereta Ferrari dan rumah banglo bernilai RM7.2 juta dari jejaka tersebut.

Walaupun sebelum ini Nora tidak mendedahkan status hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, namun pembelian kereta serta rumah banglo mewah tiga tingkat tersebut sedikit sebanyak menunjukkan hubungan mereka lebih sekadar teman biasa.

“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora.

“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.”

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI